Penulis

Dr

Amalina Nudin

Nama sebenar penulis adalah Amalina Binti Mohamed

Nudin dan lebih dikenali dengan nama pena Amalina Nudin. Dilahirkan pada tahun
1992 di Bachok, Kelantan dan membesar di negeri Kelantan. Memulakan pendidikan
awal di Sekolah Kebangsaan Perupok dan meneruskan pembelajaran peringkat
menengah di sekolah Maahad Amir Indera Petra sehingga tamat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).

Kemudian beliau melanjutkan pengajian di Fakulti
Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia, Ampang,
Selangor. Kini, penulis sedang bertugas di salah sebuah hospital di Negeri
Kelantan sebagai Pegawai Perubatan.

Penulis mempunyai hobi menulis di laman sosial
terutamanya Facebook. Beliau masih aktif berkongsi pengalaman, tip, dan cerita
di hospital khususnya buat pelajar perubatan dan orang awam.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025