Penulis

Aminahtul_Mardiah_Md_Nor

Aminahtul Mardhiah Md Nor

Nur A’minahtul Mardiah binti Md Nor merupakan seorang pengamal undang-undang yang pernah melalui pelbagai cabang dunia perundangan, termasuk Bahagian Penasihat, Bahagian Pendakwaan, Kehakiman dan kini berjuang dalam firma guamannya sendiri.

Kecintaannya terhadap dunia undang-undang lahir daripada pesan arwah ayahnya agar tidak sesekali menganiaya orang dan terus berdiri teguh pada kepercayaan terhadap keadilan. Di samping itu, kasih sayang dan kekuatan ibunya menjadi antara sandaran utama dalam perjalanan hidup dan kerjayanya.

Sejak kecil, beliau dekat dengan dunia penulisan. Buku-buku tulisan tangan pernah menjadi ruang peribadi untuk beliau menyimpan cerita, rasa dan renungan. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026