Beliau mendirikan rumah tangga dengan seorang guru, Norhana Ghazali, dan dikurniakan dua orang putera. Nama pena 'Amir Husaini' sebenarnya diambil bersempena nama putera sulung beliau.
Pada tahun 2007, beliau telah memenangi tempat kedua dalam Peraduan Menulis Skrip Drama Berunsur Islam (kategori televisyen) anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Novel pertama beliau bertajuk Ombak Senja telah menemui pembaca pada tahun yang sama. Novel Transgenesis: Bisikan Rimba adalah novel kedua yang ditulis oleh Amir Husaini dan yang pertama yang diterbitkan oleh PTS.
12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
+603 6188 0316
+603 6189 0316
Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025