Di Indonesia, tidak mudah menulis dua novel berturut-turut dan kedua-duanya best seller, apalagi bagi penulis bukan berlatar belakang sastera dan kali pertama manulis. Lebih gawat lagi apabila novel itu tidak selari dengan trend di pasaran. Tetapi hal itu dapat dibuktikan oleh Andrea Hirata. Melalui dua sequel Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi, beliau berjaya menempatkan dirinya sebagai salah seorang penulis muda Indonesia yang dikagumi. Andrea Hirata, Out of the Blue, tidak pernah dikenali, tidak pernah menulis walaupun sepotong cerpen, tiba-tiba menulis dan muncul dengan tetralogi. Sesuatu yang cukup ajaib bagi penulis baru.
Dengan gaya realis bertabur metafora yang di sebut Prof. Sapardi Damono, Ketua Jabatan Sastera, Universiti Indonesia, sebagai metafora yang berani, tidak biasa, tidak terduga, kadang-kala ngawur namun memikat. Daya penarik yang menonjol daripada karya-karya Andrea juga terletak pada kemungkinan yang amat luas dari eksplorasinya terhadap karakter dan peristiwa. Setiap perenggan seakan-akan dapat berkembang menjadi sebuah cerpen, dan setiap bab mengandungi letupan intelek dan kisah romantik supaya dapat tumbuh menjadi buku tersendiri. Andrea tidak pernah kekeringan idea dan tidak pernah kehilangan tempat untuk melihat suatu fenomena dari satu sudut fenomena dari satu sudut yang tidak pernah dilihat orang lain.
Novel pertama Andrea Hirata, Laskar Pelangi telah berkembang bukan hanya sebagai bacaan sastera, namun sebagai rujukan ilmiah. Novel ini diterbitkan pada September 2005 dan ia banyak dirujuk untuk penulisan skrip, tesis, dan telah dibentang dalam seminar oleh pihak berkuasa Indonesia untuk menyusun cadangan kebajikan pendidikan. Adapun dalam novel keduanya, Sang Pemimpi, diterbitkan pada Julai 2006, Andrea menarikan imaginasi dan melantunkan stambul mimpi-mimpi dua anak Melayu kampung iaitu Ikal dan Arai. Manakala Novel Edensor merupakan novel ketiga dari tetralogi Laskar Pelangi diterbitkan pada Mei 2007. Novel ini menceritakan keberanian bermimpi, kekuatan cinta, pencarian diri sendiri, dan penaklukan yang gagah berani. Novel keempat atau terakhir dalam rangkaian empat karya tetralogi Laskar pelangi ini berjudul Maryamah Karpov yang bakal diterbitkan. Dalam Maryamah Karpov, dengan sasteranya yang khas, ironi yang melucukan, dan nilai intelek yang meluap-luap namun membumi, Andrea Hirata bercerita tentang perempuan dari satu sudut yang amat jarang ditonjolkan oleh penulis Indonesia sekarang ini.
Membaca keempat-empat novel tetralogi Laskar Pelangi, kita tidak hanya menikmati epik yang bermutu, tetapi juga menyaksikan bagaimana seorang penulis berbakat berevolusi daripada satu karya kepada karya lainnya untuk menuju master piece nya. Andrea Hirata Seman adalah si Ikal pelajar sekolah Muhammadiyah yang diceritakan dalam buku Laskar Pelangi. Andrea Hirata dilahirkan di Belitong. Beliau berkelulusan ekonomi dari Universiti Indonesia. Walaupun mengambil jurusan ekonomi, namun beliau juga amat menggemari sains, iaitu fizik, kimia, biologi, astronomi, dan juga saja sastera. Mendapat biasiswa dari Universiti Eropah bagi menyambung pengajian di peringkat master of science di Université de Paris, Sorbonne, Perancis, dan Sheffield Hallam University, United Kingdom. Tesis Andrea dalam bidang ekonomi telekomunikasi mendapat penghargaan dari pihak universiti itu dan beliau lulus cum laude. Teori itu telah diadaptasi ke dalam bahasa Indonesia dan merupakan buku teori ekonomi telekomunikasi pertama ditulis oleh orang Indonesia. Buku ini juga dijadikan rujukan ilmiah di Indonesia. Andrea lebih dikenali sebagai seorang backpacker dan ahli akademik.
Sekarang Andrea menetap di Bandung dan masih bekerja di ibu pejabat PT Telkom. Namun, beliau sedang mengejar impiannya untuk tinggal di Kye Gompa, desa tertinggi di dunia terletak di Himalaya. Selain Laskar Pelangi, beliau juga menghasilkan tetralogi Laskar Pelangi berjudul Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov. Website beliau adalah www.sastrabelitong.multiply.com.