Beliau lahir dalam keluarga Cina yang berniaga dan turut memiliki bisnes sendiri. Beliau kini adalah Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Beliau gemar mengkaji adat dan budaya bangsa lain. Beliau juga banyak menyumbang artikel berkaitan bisnes dan ekonomi untuk terbitan majalah dan akhbar tempatan. Antara majalah yang pernah menyiarkan karyanya seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Ekonomi, Minda, Dewan Agama & Falsafah, Dewan pelajar, Majalah I, Sarina dan lain-lain.
Ann Wan Seng adalah seorang aktivis sosial, pendakwah, penceramah, motivator, kolumnis dan penulis aktif yang menghasilkan lebih 30 buah buku. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kehormat, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dan Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).
12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
+603 6188 0316
+603 6189 0316
Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025