Penulis

Annurizal Anuar

Annurizal bin Anuar berasal dari Seremban, negeri Sembilan. Beliau kini berumur 28 tahun. Beliau adalah anak sulung daripada tiga orang adik beradik.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah King George V, Seremban. Selepas itu beliau menyambung pelajaran di UiTM dalam bidang Diploma in Secretarial. Kemudian, beliau mengikuti pengajian B.Sc (Hons) dalam bidang Information Studies (Management Information System) di UiTM.

Annurizal menyerlah dalam aktiviti ko-kurikulum dalam sukan badminton, bowling dan bola sepak.

Pada masa lapang Annurizal mengisi masanya dengan hobi fotografi, membaca dan melancong.

Kini beliau memegang jawatan sebagai pensyarah di Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat UiTM, Jengka.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024