Penulis

Ansaruddin Agus

Engku Ansarudin Agus adalah anak kepada Engku Mudo Agus dan Jaranah bt Abdullah. Sejak berumur 9 tahun, beliau selalu melihat ayahnya mengubati pesakit dan melakukan rawatan secara ruqyah. Beliau juga sering melihat ayahnya menangani jin, syaitan dan iblis yang merasuk ataupun dihantar kepada orang oleh ahli sihir.

Apabila beliau kerap menyaksikan sistem serta konsep perubatan yang dipraktikkan oleh ayahnya, diri dan fikiran beliau menjadi matang serta mempunyai azam yang kuat bagi mendalami dan mempelajari ilmu perubatan dan rawatan alternatif berlandaskan al-Quran dan sunah.Selepas mencapai umur 19 tahun, beliau meminta izin kepada ayahnya bagi mencuba melakukan rawatan kepada orang yang dirasuk serta orang yang terkena gangguan sihir. Ayah beliau memberikeizinan dan bimbingan supaya pelaksanaan rawatan yang diberikan terarah dan mantap.

Setakat ini, sudah lebih 70 orang guru yang mendidik dan mengajar beliau. Guru-guru beliau terdiri daripada para alim ulama yang mengerti dan pakar dalam ilmu perubatan alternatif. Pada saat ini yang lebih membahagiakan perasaan beliau iaitu dapat mengabungkan pandangan dan pendapat dengan ilmu perubatan moden, saintifik sehingga gabungan kedua-dua pendapat dan pandangan ini dapat dicurahkan pada buku pertama ini yang berjudul “PERANGI SIHIR”.

Pengalaman beliau pada saat ini sudah melebihi 40 tahun dalam mejalankan rawatan perubatan spiritual, alternatif dan sudah banyak memberikan pandangan dan nasihat kepada masyarakat yang memerlukannya. Secara jujur dan ikhlas, sampai saat ini beliau tidak merasakan beliau pandai ataupun hebat. Beliau selalu berkata ini adalah kepunyaan Allah dan izin Allah.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024