WhatsApp_Image_2019-03-19_at_11.49.13_AM_

Anwar Nursi

Dilahirkan di Bagan Datok, Perak pada 14 September 1967 dan dibesarkan di Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor. Kini menetap di Pelabuhan Klang. Pernah diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha Persatuan Penduduk, Pengerusi Badan Kebajikan Islam dan YDP PIBG Sek. Men. Keb. Bandar Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, selama tiga penggal. Sekarang masih diminta menjadi NYDP walaupun tiada anak yang bersekolah, atas permintaan ibu bapa.

Pada waktu senggang suka menghabiskan masa menelaah buku-buku ilmiah, menjadi ahli di empat perpustakaan Negeri Selangor, Ahli Rakan Dewan DBP (ahli Pusat Dokumentasi Melayu DBP) lebih satu dekad dan terbang ke negara jiran semata-mata untuk mendapatkan buku-buku berharga yang ditulis penulis-penulis tersohor. Sering menghadiri kelas agama formal dan tidak formal, membuat kajian serta rujukan. Juga beberapa kali menghadiri pesta buku Islam terbesar Asia Tenggara di Jakarta (IBF) dan lain-lain. Turut melahirkan empat buah buku pada salah sebuah penerbit terkenal tanah air.

Antara pengalaman lain seperti terlibat dalam pelbagai program keagamaan, menulis Buletin Masjid, majalah dan akhbar arus perdana. Pernah muncul dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O TV 9, Resensi Buku di TV 1, Inspirasi Buku di TV Al-Hijrah, Radio Salam FM dan Suria FM.