Penulis

Ariza Mohamed

DR. ARIZA BT. MOHAMED dilahirkan pada 2 Januari 1965 di Perak. Beliau sudah berkahwin dan memiliki empat orang cahaya mata. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah MRSM, Kulim. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang perubatan. Seterusnya beliau menyambung pengajian master di institut pengajian tinggi awam yang sama iaitu UKM dalam bidang perbidanan dan sakit puan.

Beliau pernah menjadi pensyarah dan pakar perbidanan dan sakit puan di HUKM pada tahun 1997 hingga 2000. Beliau juga pernah memegang jawatan pakar perbidanan dan sakit puan di Pusat Rawatan Islam Az Zahrah pada tahun 2000 hingga 2004. Dr. Ariza juga pernah menjadi pakar perbidanan dan sakit puan di Damai Service Hospital dari tahun 2000 hingga 2005. Beliau juga pernah menjadi pakar perbidanan dan sakit puan di Ampang Puteri Specialist Hospital.

Dr. Ariza memiliki kepakaran dalam bidang Infertiliti iaitu kemandulan. Beliau pernah melibatkan diri dalam seminar yang dianjurkan seperti Seminar IVF peringkat hospital pada tahun 2001 dan 2002. Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam Bengkel AIDS dan Pencegahan di Kalangan Remaja peringkat negeri pada tahun 2003. Selain seminar, beliau juga pernah dijemput untuk memberikan ceramah atau bengkel peringkat hospital pada tahun 2000 dalam seminar Wanita dan Kanser. Pada tahun 2003, beliau dijemput memberikan ceramah dalam seminar Wanita dan Persediaan Menghadapi Menopaus peringkat wilayah.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024