Penulis

Athool

Berasal dari Kampung Sijangkang, Kuala Langat, Selangor. Dilahirkan pada tahun 1973. Bersekolah di SK Sijangkang, Kuala Langat dan SM Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

Mula berkecimpung dalam dunia seni kartun apabila mendapat kerja sebagai kartunis di majalahGelagatpada tahun 1991 sewaktu berumur 18 tahun. Pada tahun 1994, bekerja sebagai pelukis komik di bawah pengurusan pelukis terkenal,Encik Jaafar Taib.

Pada tahun 1995, bekerja di syarikat penerbitan buku, Delta Publishing. Kemudian bertugas di majalahDin Beramboipada tahun 1997, majalahCabaipada tahun 1998 dan majalahAPO?Terbitan MOY pada tahun 2000. Juga pernah bekerja sebagai ilustrator di penerbitan Pustaka Yamien Sdn. Bhd. pada tahun 2001 dan melukis kartun untuk majalahKedai Kopi, di bawah pengurusan kartunis Juragan.

Pada tahun 2003, bekerja di Zebra Editions sebagai pereka grafik buku sebelum mendapat kontrak sebagai pelukis komik di Bahagian Multimedia,Dewan Bahasadan Pustakapada tahun 2004.

Pada tahun 2005 dan hingga kini, bekerja sebagai pelukis sambilan di syarikat penerbitan Telaga Biru untuk buku-buku motivasi dan majalah sepertiSolusidanAl-Ustaz. Pada tahun 2013, diberi peluang untuk menghasilkan buku kartun yang bertajuk,Ustaz Azhar Idrus Live.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024