Penulis

Azie Ahmad

AZIE AHMAD ataupun DR(H) WAN AZIZAH

adalah anak kelahiran Pulau Pinang. Sejak tahun 1992, beliau mula berkecimpung dalam perniagaan berkaitan kecantikan dan rambut. Minat beliau pada bidang kecantikan mendorongnya melanjutkan pelajaran dalam bidang ini di luar negara seperti Bangkok, Australia, Indonesia dan negara Asia lain. Berpengalaman selama 25 tahun sebagai tenaga pengajar dan mempunyai Akademi Keusahawanan di Damansara, beliau kini giat menjadi Provider di bawah jabatan kerajaan dan swasta, INSKEN dan MARA.

Beliau pernah menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran Heomophathy dan Bio Chemistry. Beliau juga dikenali sebagai mentor, motivator dan konsultan perniagaan dan keusahawanan dalam beberapa cabang perniagaan terutama dalam perniagaan, perkhidmatan kecantikan, rambut, softskill, jahitan dan masakan. Malah, beliau juga pengeluar dan pengasas produk kecantikan E’Delima Beauty iaitu produk kecantikan spa dan D’zaayu Cosmetic bagi produk kecantikan wajah dan rambut.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024