Azim Hakimi

Muhammad Azim Hakimi bin Mohd Mazdi dilahirkan pada tanggal 4 Julai 2004 di Kelantan. Beliau adalah anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Muhammad Azim mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1. Beliau bercita-cita menjadi seorang jurutera. Pelajar cilik ini amat meminati aktiviti melukis. Beliau menyertai pelbagai pertandingan seperti bercerita Bahasa Melayu, Agama Islam, dan puisi Bahasa Inggeris sehingga ke peringkat kebangsaan.