Penulis

Azman Mohd Sharif

<!— @page { size: 21cm 29.7cm; margin: 2cm } P { margin-bottom: 0.21cm } —>

Azman Mohd Sharif dilahirkan pada tahun 1967 di Tanjung Karang, Selangor dalam keluarga petani. Kesedaran supaya keluar daripada kemiskinan mendorong beliau berusaha melanjutkan pelajaran di MRSM seterusnya ke USM dalam jurusan perubatan. Beliau menggelar dirinya doktor usahawan dan sentiasa menanam semangat menjadi jutawan.

Selain memiliki rangkaian klinik, beliau juga menceburi bidang perniagaan lain seperti pembuatan, spa kesihatan, pembekal kontrak kerajaan dan kedai alat tulis. Buku Tahukah Anda Jiran Anda Seorang Jutawan ini adalah kupasan beliau hasil daripada pengalaman, kesilapan dan keinginan bagi membantu ‘orang biasa’ bermimpi dan melaksanakan cita-cita mereka ini menjadi jutawan. Bercita-cita besar bagi melahirkan institut yang dapat membantu usahawan-usahawan kecil seperti penjual burger, pisang goreng, kuih-muih dan peniaga kecil lain yang hendak maju dan menjadi jutawan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024