Khairul Adha bin A. Rahim

Dr. Khairul Adha bin A. Rahim dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 26 Februari 1969. Beliau memperolehi Ijazah Sains Gunaan (Kepujian) daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 1993 dalam bidang biologi Akuatik; Ijazah Sarjana Sains (M. Sc) dalam bidang Ekologi Tumbuhan pada tahun 2000; dan Ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti Putra Malaysia dalam bidang Biologi Akuatik pada tahun 2012. Menjadi tutor di Universiti Malaysia Sarawak pada tahun 1995 dan pernah menjadi pelajar pelawat di Jabatan Zoologi, University of Toronto pada tahun 1995-1997. Pada tahun 2000 Dr. Khairul memulakan kerjayanya sebagai pensyarah tetap di Unimas. Bidang pengkhususan dan penyelidikan beliau mengkaji tentang taksonomi dan sistematik ikan, ekologi dan populasi ikan serta ekosistem air tawar dan juga tentang genetik spesies ikan.