Penulis

Brian Tracy

Brian Tracy ialah seorang penceramah profesional terkenal dan jurulatih dalam bidang jualan. Beliau sudah melatih lebih 500, 000 wakil jualan di seluruh dunia. Beliau juga merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Brian Tracy International, sebuah syarikat yang mengkhususkan latihan dan pembangunan individu dan organisasi.

Matlamat Brian adalah untuk membantu mereka yang ingin mencapai matlamat peribadi dan perniagaan dengan lebih pantas dan lebih mudah daripada yang mereka bayangkan. Beliau telah menulis dan menghasilkan lebih daripada 300 program pembelajaran audio dan video, termasuk Psychology of Achievementyang terlaris di seluruh dunia, yang diterjemahkan kepada lebih daripada 28 bahasa.

Beliau menggembara dan bekerja di lebih darpada 107 buah negara di enam benua, dan berkomunikasi dalam empat bahasa. Beliau aktif dalam komuniti dan urusan negara, dan merupakan Presiden tiga syarikat yang beribu pejabat di Solana Beach, California.

Tracy juga sudah menulis 36 judul buku seperti buku terlaris beliau iaitu Focal Point, Goals!, Create Your Own Future, dan Million Dollar Habits. PTS Publishing House juga mula menerbitkan buku beliau yang bertajuk Create Your Own Futurepada 13 oktober 2014 selain beberapa buah buku karya beliau iaitu Eat That Frog, Speak To Win (Edisi Bahasa Melayu), No Excuses! (Jangan Berdalih Lagi untuk Berjaya), dan Reinvention (Edisi Bahasa Melayu).

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024