Penulis

chef_sabri_4

Chef Sabri

Master Chef Selebriti, Chef Sabri Hassan adalah perunding dalam bidang kulinari, demo masakan, bertanggungjawab dalam pengurusan program masakan, hos tv dan radio, food stylist, pembangunan menu dan resipi, hos talk show, seminar masakan dan juga penulis buku.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang industri makanan dan minuman lebih 28 tahun, malah beliau juga pernah bekerja di beberapa hotel terkemuka antarabangsa di serata pelosok benua. Beliau merupakan seorang chef yang sangat berinovasi dan pakar dalam makanan kontemporari dan ukiran ais. Falsafah beliau dalam bekerja adalah untuk meningkatkan mutu masakan dalam pelbagai percubaan demi percubaan yang berterusan. Dengan berkat komitmen beliau, maka tidak hairanlah beliau telah mendapat banyak penghormatan dan turut memenangi pelbagai jenis anugerah yang berprestij.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024