Penulis

D. Wahab

Anda sudah tahukan nama penulis buku ini adalah Doel Wahab? Tetapi itu adalah nama glamornya. Nama sebenar penulis adalah Encep Dulwahab. Memang sejak daripada kecil lagi, nama Dul sering digunakan oleh teman-temannya dan sehingga sekarang nama itu masih lagi digunakan. Kebetulan pula, pada suatu masa dulu, drama Si Doel Anak Sekolahan, begitu popular. Jadi, Dul ditukar menjadi DoeL, supaya kedengaran lebih glamor dan juga bagi menumpang kepopularan si Doel. Doel Wahab berketurunan Sunda, dilahirkan di daerah Pantura, iaitu di Pusakanegara bahagian hujung Kota Subang dan berdekatan dengan Kabupaten Indramayu. Beliau mempunyai kelulusan dalam Jurusan Ilmu Jurnalistik IAIN Bandung dan juga guru TK At-Takwa Bandung. Beliau juga membuat kerja-kerja suntingan, iaitu sebagai penyunting atau editor. Jadi, jika anda ingin tulisan atau karya anda di sunting, silalah kirimkan kepadanya di [email protected].

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024