Penulis

Drsanusi-removebg-preview

Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi

PROF MADYA DR. AHMAD SANUSI AZMI merupakan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Berasal dari Keramat, Kuala Lumpur, beliau mendapat pendidikan menengah di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan kemudian melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan pengkhususan dalam bidang hadith dan tamat pengajian dengan keputusan cemerlang pada tahun 2004. Beliau seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana dalam pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2008 dengan penyelidikan berkaitan Takhrij Hadith. Setelah itu beliau meneroka penyelidikan dalam bidang Sirah pada peringkat PHD di University of Birmingham, United Kingdom dan selesai pengajian pada tahun 2017.

Pada tahun 2018, beliau telah ditawarkan peluang sebagai Academic Visitor ke Oxford Centre for Islamic Studies, Oxford, United Kingdom sebagai platform menjalankan penyelidikan dalam bidang Sirah dan Orientalisme. Beliau turut aktif dalam aktiviti gerakan NGO ISMA disamping banyak memberikan pengisian buat masyarakat dalam media digital, TV, Radio, Portal TV, akhbar dan majalah. Rancangan MyHadithTime (TV al-Hijrah) adalah program sulung yang dikendalikan oleh beliau disamping menjadi penyampai utama Halaqah Hadith terbitan radio SalamFM.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024