Penulis

faridravi

Dr. Farid Ravi Abdullah

Dr. Hj Mohd Farid Ravi Abdullah berasal dari Kg. Sg. Choh, Rawang, Selangor.Beliau sudah berkahwin dan memiliki enam orang cahaya mata. Beliau adalah lulusan IjazahSarjana Muda Usuluddin dari Universiti Al alBayt, Jordan. Dr. Hj Mohd Farid Ravi Abdullahmemiliki master khusus dalam Al-Quran. Terkini beliau memiliki PhD dalam bidang Tafsir danUlum Al-Quran daripada University of Jordan.

Sekarang beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah Research Management Center, KUIS.Beliau juga aktif menulis artikel dalam akhbar-akhbar tempatan. Sehingga kini, sebanyak 350artikel dan 5 buah buku beliau sudah berjaya diterbitkan. Beliau juga aktif menyampaikanceramah di saluran-saluran media seperti TV 1, TV Alhijrah, dan ASTRO OASIS. Selain itu,beliau juga mengendalikan kelas-kelas pengajian dan ceramah di dalam dan luar negara.Dr. Hj Mohd Farid Ravi Abdullah sudah menerima pelbagai anugerah. Antaranya adalahTokoh Maal Hijrah, Negeri Selangor (Kategori Saudara Baru), Tokoh Maal HijrahKebangsaan (Kategori Saudara Baru) al-Hidayah, Pingat Ahli Sultan Idris Shah (AIS) padatahun 2004, Pingat Pangkuan Negara, Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) pada tahun 2011,dan Tokoh Maulidur Rasul Negeri Selangor (Tokoh Imam al-Ghazali).

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024