Penulis

Dr. Faridah Idris, MBBS, IBCLC

Faridah Idris adalah seorang doktor pakar darah (hematologi) dan pensyarah perubatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Putra Malaysia. Naluri keibuannya kepada enam orang anak dengan pelbagai pengalaman penyusuan,menyebabkan beliau mendalami bidang laktasi. Beliau mula membaca buku-buku dan bahan bacaan, serta menyertai banyak kursus dan seminar berkaitan laktasi secara online atau offlline .Antaranya adalah Breastfeeding and Advocay Programme anjuran World Alliance of Breastfeeding Action (WABA) selama dua minggu, Global Online Lactation Discussion (GOLD) dan siri seminar profesional anjuran Australian Breastfeeding Association. Beliau mengorak langkah seterusnya dan berjaya menjadi Perunding Laktasi Bertauliah (International Board Certified Lactation Consultant, IBCLC) sejak tahun 2011.

Dr. Faridah Idris juga adalah salah seorang ahli bahagian pendidikan dalam organisasi Program Pembimbing Penyusuan Ibu Malaysia atau Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), suatu badan sukarela yang bertujuan melatih ibu yang menyusukan anak, sebagai rakan pembimbing kepada ibu yang lain. Sejarah ini bermula apabila beliau bersama-sama dengan 19 orang Peer Counselor Program Administor (PCPA) yang lain mendapat latihan secara terus dari pelatih La Leche League International (LLLI) yang didatangkan khas dari Amerika Syarikat. Dr. Faridah terlibat sebagai jurulatih dan melatih ratusan rakan pembimbing atau peer counselor (PC) di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak sejaktahun 2010.

Beliau juga adalah pengasas dan penggerak Kelab Susu Ibu Seremban, sebuah kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di Seremban. Di samping itu beliau juga aktif memenuhi jemputan ceramah dan bengkel berkaitan penyusuan susu ibu diagensi kerajaan dan swasta.

Pengalaman menyusukan keenam-enam orang anaknya dalam tempoh yang pelbagai, disulami dengan kegagalan dan kejayaan, menjadi aset berharga untuk dikongsi bersama pembaca. Hasil buah tangannya ini diharapkan menjadi sumber utama ‘how to’ kepada semua ibu yang menyusukan dan bakal bergelar ibu di Malaysia

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2021