Penulis

Dr. Mohammad Azlee Bin Abdul Mutalib

Dr. Mohammad Azlee Bin Abdul Mutalib bermastautin dan dibesarkan di Kuala Lumpur sejak 1970. Beliau bersekolah di Sekolah Alam Shah dan seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Perubatan Moden. Selepas mendapat ijazah MBBS, beliau bertugas di Hospital Ipoh dan Hospital Teluk Intan.

Beliau sekarang berkhidmat di institusi perubatan swasta di Kuala Lumpur dalam unit bius. Beliau mula belajar dalam aliran perubatan spiritual semenjak 1992 dengan gurunya Tuan Engku Ansaruddin Agus. Beliau juga aktif menimba pengalaman merawat pesakit-pesakit gangguan jin bersama gurunya sejak 5 tahun lalu apabila Pusat Rawatan Yashfien dibuka secara rasmi.

Beliau memulakan usaha penulisan buku bersama Tuan Engku sejak dua tahun lalu demi memperkaya khazanah ilmu dan juga bagi tujuan berdakwah.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024