scan0019

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi adalah anak jati kelahiran Terengganu. Beliau berkelulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin pada tahun 1992, Master of Islamic Revealed Knowledge, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1998 dan Ph.D pengkhususan Kajian Ajaran Salah daripada Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 2006. Beliau menimba pengalaman sebagai pendidik dengan memulakan kerjaya sebagai guru agama di SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Terengganu (1992-1993). Seterusnya beliau memikul tugas sebagai pensyarah di KUSZA bermula dari tahun 1993, dilantik sebagai Ketua Progran Usuluddin dari tahun (1998-2001), Ketua Program Diploma Lanjutan Pengajian Islam (2005-2006), dan Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Islam KUSZA pada tahun 2006. Sejak tahun 2007 hingga sekarang, beliau diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus KUSZA Gong Badak, Kuala Terengganu. Beliau kini adalah Professor Madya di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam.