Penulis

Farid Poniman

FARID PONIMAN adalah pengarah presiden, jurulatih utama dan konsultan senior di Kubik Training & Consultancy. Beliau adalah public speaker yang inovatif dalam pelbagai latihan dan seminar.

Kekuatan Farid adalah ideanya jelas, original, logik, mempunyai konteks tersendiri, dan menjangkau tahap pemikiran kontemporari. Farid mempunyai kelulusan Institut Pertanian Bogor, Universiti Indonesia dan Ijazah Sarjana Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Apabila selesai pengajian PhDnya, beliau mengeluarkan formula baru mengenai personaliti, tunggak utama kaedah Executive Coaching dalam sesi latihan dan konsultasinya.

Farid Poniman memulakan kerjayanya sebagai staf dan terus berkembang sehingga menjadi pemimpin tertinggi beberapa syarikat nasional dan multinasional.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024