Penulis

Ferdy Fauzi

Ferdy Fauzi merupakan lepasan graduan dalam Sarjana Kejuruteraan Komputer di Case Western University, Ohio, Amerika Syarikat. Sebelum ini, beliau pernah bertugas sebagai juruanalisa sistem di sebuah badan berkanun di institusi perbankan tempatan selama lapan tahun, sebelum mengambil keputusan untuk menjadi freelancer.

Beliau berpengalaman sebagai freelancer lebih lima tahun. Beliau banyak terlibat projek dalam membina aplikasi mobile dan web, dan projek-projek tersebut diperoleh melalui platform online dan juga rekomendasi rakan-rakan bisnes yang lain.

Kini, Ferdy Fauzi merupakan pengasas kepada Elyzian Interactive yang memfokuskan kepada perundingan bagi pembinaan aplikasi mobile serta menawarkan khidmat latihan dalam membina aplikasi mobile kepada agensi kerajaan dan juga swasta.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024