Penulis

George S. Clason

George Samuel Clason (7 November 1874 - 7 April 1957) adalah seorang penulis Amerika, dilahirkan di Louisiana, Missouri. Beliau adalah lulusan Universiti Nebraska, dan pernah berkhidmat di Tentera Amerika Syarikat semasa Perang Sepanyol-Amerika.

Awal kerjayanya, beliau menerbitkan syarikat penerbitan kartografi “Clason MEP” di Denver,Colorado, dan menerbitkan atlas jalan pertama di Amerika Syarikat dan Kanada.

George Clason mula terkenal dengan penulisan risalah maklumatnya tentang cara berjimat-cermat dan bagaimana untuk mencapai kejayaan kewangan. Bank-bank dan syarikat-syarikat insuran mula mengedarkan risalah itu dan yang paling terkenal disusun dalam buku The Richest Man in Babylonyang pertama kali diterbitkan pada tahun 1926.

Karya George Clason sudah dibaca oleh jutaan pembaca dan buku The Richest Man in Babylonmenjadi kesusasteraan klasik moden. Bukunya adalah satu penyembuh sebenar kepada kemiskinan.

Buku beliau akan membantu pembaca, yang serius mengimpikan untuk menjadi kaya dan untuk melihat intipati masalah kewangan. Penulis membincangkan prinsip universal dan tidak berubah. Mereka telah membuktikan keberkesanannya menjadi kunci kepada kemajuan dan kemakmuran kewangan yang stabil.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024