Penulis

Ghazali Zainuddin

Ghazali b. Zainuddin dilahirkan pada 4 Mac 1980. Beliau berasal dari Kg Batu 20, Kuala Dipang, Perak. Beliau adalah anak ke-6 daripada 7 orang adik beradik.

Ghazali mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampar dari tahun 1987 hingga 1992. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran di sekolah Sekolah Menengah (U) Ehya’ Diniah, Kg. Gajah, Perak dari tahun 1992 hingga 1996. Selepas menamatkan persekolahan di sekolah menengah, beliau menyambung pengajian di Maktab Pendidikan Islam, Taiping, Perak. Pada Januari hingga Mac 1999, beliau mengikuti pengajian di Pusat Bahasa Arab Nilam Puri, Kelantan.

Pada 1999 hingga 2004, beliau menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau mengikuti pengajian Sarjana Muda (Kepujian) Sains Kemanusiaan: Bahasa Arab dan Kesusasteraan. Pada 2005 beliau akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua (MAAASL) di UIAM.

Bermula dari tahun 2004 hingga sekarang, beliau adalah pensyarah bahasa Arab di Sekolah Pengajian Bahasa dan Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Beliau mempunyai minat dalam bidang pendidikan, penyelidikan, teknologi maklumat dan penterjemahan. Prinsip hidup Ghazali adalah, ‘Kalau mereka boleh, aku pasti boleh!’ Beliau bercita-cita hendak menjadi ahli akademik yang berjaya dan berwibawa. Dalam mengejar cita-cita, beliau tidak ketinggalan memenuhi hobinya. Beliau seorang yang versatile. Hobi beliau adalah membaca, memasak, memerhati keindahan alam, aktiviti lasak dan sebagainya. Harapan beliau adalah melihat masyarakat Malaysia secara keseluruhannya mencintai ilmu dan memelihara adab ketimuran yang luhur dan memiliki pekerti tinggi.

Kata-kata hikmah yang sentiasa dipegang adalah ,“Bacalah, sebelum anda dibacakan.”

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024