Penulis

Halim Muda

Halim Muda atau nama penuh beliau, Tengku Abdul Halim bin Tengku Muda dilahirkan pada 17 September 1975 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau adalah graduan dari Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang syariah.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Tarbiah Mardziah Panchor, Kota Bharu dari tahun 1988 sehingga 1993 sebelum menyambung pelajaran di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan atau lebih dikenali dengan nama Pondok Moden Kandis dari tahun 1994 sehingga 1997.

Bekas pendidik di Maahad Tahfiz Pasir Gudang, Johor sebelum beralih ke bidang keusahawanan. Selain mengasaskan Pengajian al-Quran Modul 4P, beliau mahir bahasa Arab dan kesusasteraan Arab, juga pengkaji bebas Teknologi Bio Islamik.

Atas kesedaran dan minat menulis sejak di bangku sekolah dan di institusi pengajian tinggi, beliau kini giat menghasilkan karya-karya luar fiksyen bernafaskan Islam bertajuk Anjakan Paradigma Kelas Pertama dan Jangan Tertipu.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024