Penulis

Hanz Jamaludin merupakan seorang karyawan bebas yang bertumpu sepenuh kerjayanya pada bidang penulisan termasuk penterjemahan dan pembaca pruf. Beliau adalah seorang jurulatih bertauliah yang diikitiraf oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (TTT/14666), Kaunselor Laktasi Bertauliah dari Pusat Laktasi Kebangsaan dan mantan Pendidik Kelahiran yang diiktiraf oleh HypnoBirthing Institute, UK.
Antara karya yang telah diterbitkan ialah dua buah buku swaterbit, ‘Formula Bersalin Tenang: Tip-tip Mudah Cara Kelahiran untuk Si Ibu’ dan ‘Syoknya Bersalin Tenang: Himpunan Kisah Kelahiran Indah.’ Buku terkini ‘Tahniah! Anda Bakal Ibu’ adalah di bawah terbitan Rimbunan Publishing Sdn Bhd.
Graduan Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA, Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Universiti Malaya dan Diploma Eksekutif Kaunseling dari Universiti Malaya ini, pernah berkhidmat dalam bidang pengurusan sumber manusia lebih daripada satu dekad. Kemudian, berhasrat untuk fokus pada bidang yang memberi kebebasan untuknya berkarya dan beralih kepada bidang yang lebih dekat dengan masyarakat seperti kaunseling dan penulisan.
12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
+603 6188 0316
+603 6189 0316
Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025