Penulis

Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Saya senang dikenali sebagai ‘Husna’, seorang yang biasa-biasa. Juga memiliki persona sebagai ‘Husna Rosli’ sebagai penulis dan ‘Husna Reads’ sebagai pencinta buku.
Selamat Pulang, Bayang adalah karya ketiga saya, selepas Psikik (terbitan FIXI) dan novela KPOP Girl: ARMY Yang Bertuah (terbitan Bookiut). Bolehlah dikatakan sebagai karya ‘comeback’ selepas 4 tahun berehat dari aktif menulis. Novel ini adalah manifestasi bicara-bicara saya pada diri seputar hal mendewasa dan tentang menjadi manusia.
Terima kasih buat kamu yang memilih naskhah ini. Semoga ada manfaat yang dapat tersimpan dalam kenangan.
12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
+603 6188 0316
+603 6189 0316
Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025