Penulis

HUZZA mula menerbitkan komik secara rasmi di Komik-M menerusi penyertaan karya beliau dalam Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM) yang dianjurkan oleh laman MatKomik. Sejak itu, beliau aktif menyertai beberapa projek antologi Komik-M dan menghasilkan sebuah komik solo yang berjudul PORTAL PANIK #1: KRISTAL KUNCI DIMENSI.
Di media sosial, beliau turut dikenali dengan watak ABUBU yang sering dilukis sebagai ikon dan avatar bagi mewakili dirinya. Dalam kalangan penggiat komik tempatan pula, beliau terkenal sebagai aktivis dan orang kuat belakang tabir dalam program-program komik tanah air seperti Pekan Kartun, Kota Komik, Kaki Komik Fest, #InkRamadan, Cabaran Komik 24 Jam, Sahabat Komik Artpodcast, Zoom Kartun, dan banyak lagi.
12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
+603 6188 0316
+603 6189 0316
Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025