Imanisa Riana

Dilahirkan di Taiping, Perak. Mendapat pendidikan perguruan di Maktab Perguruan Ilmu Khas dan Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur. Minat menulis sejak di bangku sekolah dan pernah menghasilkan beberapa cerpen. Menghentikan minat untuk sekian lama bagi menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerjaya.

Aktif menulis semula pada tahun 2010. Novel pertama diterbitkan pada Disember 2012 bertajukI Love You Cikgu(Buku Prima). Menghasilkan cerpen bertajukSetitis Kasih Melenyap Dendamdalam antologiHujan Turun LagidanAku Tak TahuantologiJiwa Kacausiri 2 (genre seram). Antologi cerpen kanak-kanak bertajukSatu Hari Satu Ceritasiri 8 akan diterbitkan tidak lama lagi.

Mula menulis dengan Gedebook sejak Januari 2014.