Penulis

qistina

Qistina Balqis

Wan Nurqistina Balqis bt Wan Khairul Nizam dilahirkan pada 2 Oktober 2002 di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya dan memegang jawatan pengawas sekolah. Pada waktu lapang, beliau suka menghabiskan masa dengan berenang, membaca, dan menonton televisyen. Apabila dewasa nanti, beliau ingin menjadi doktor pakar bedah. Moto hidup beliau adalah ‘Read a lot, write a lot.’ Beliau merupakan pelajar yang aktif di sekolah. Wan Nurqistina Balqis pernah mewakili sekolah dalam pertandingan Qalam Jamaie dan juga pertandingan Bicara Berirama. Beliau juga pernah dilantik sebagai “Doktor Muda” bagi Sekolah Kebangsaan Cyberjaya. Selain itu, penulis cilik ini adalah pemenang Anugerah Nilam.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024