Intan Nurfarahin

Tahun Lahir
2004

Intan Nurfarahin Ahmad Fairuz dilahirkan pada 20 Ogos 2004. Penulis cilik ini dilahirkan di Hospital Selayang, Selangor. Beliau adalah anak kedua dalam keluarganya. Intan Nurfarahin menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (2) Taman Selayang. Penulis ini bercita-cita mahu menjadi novelis dan juga pereka fesyen apabila dewasa nanti. Seperti orang lain, beliau juga menyimpan hasrat untuk melawat negara menarik seperti Korea, Jepun, China, Kanada, Dubai, dan juga tanah suci Makkah.