Penulis

Jaafar Muhammad

Jaafar bin Muhammad dilahir 1963, di Jelebu Negeri Sembilan. Anak pertama daripada lapan orang adik beradik. Tahun 1989, mendirikan rumah tangga dengan Zuraidah binti Mohammad dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Kuala Klawang, Jelebu. Kemudian, berpindah ke Sek. Keb. Felda Bukit Puchong, Triang Pahang. Tingkatan 1 hingga 3, di Sek. Agama Menengah Rendah Kuala Klawang, Jelebu. Kemudian ke Sek. Men. Agama Sheikh Hj.Mohd Said, Seremban, Negeri Sembila (1979-1982). Lulus Sarjana Muda (Kepujian) dalam Usuluddin & Falsafah, UKM (1987) dan sarjana dalam Dakwah & Kepimpinan, UKM (1998). Pernah bertugas sebagai guru sandaran di Sek. Men. Agama Sheikh Hj. Mohd Said dan di Sek. Men.Teknik Ampangan Seremban. Tahun 1988 hingga 1999, bertugas sebagai Penolong Pengarah Dakwah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Pengasas & Pengurus, Pasukan Sukarelawan Dakwah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (1996 hingga 1999). Tahun 1999 hingga 2002, bertugas sebagai Perunding Kanan, Mabrur Management Consultants yang menjalankan program-program latihan kakitangan kepada syarikat-syarikat swasta. Pada masa yang sama, sebagai Penolong Pengurus Leading Technologies. Syarikat adik beradik yang menjalankan perniagaan berasaskan peralatan audio visual dan teknologi maklumat.

Sekarang bertugas sebagai Principal Consultant, SALAM PERDANA (Training & Management Consultancy). Tahun 2004, dilantik sebagai panel pakar modul di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan penal perunding kepada Akademi Pengurusan YAPEIM. Banyak menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam menghasilkan modul-modul latihan pengurusan dan tranformasi insan. Mengurus dan mengendalikan sesi kursus dan latihan, serta memberi ceramah motivasi kepada pelbagai institusi iaitu kerajaan, swasta dan NGO.

Antaranya syarikat yang pernah mengikuti program yang dikendalikan beliau adalah pekerja On Semiconductor Seremban, pensyarah dan staff Kolej Negeri Seremban, kakitangan Bahagian Kewangan & Akaun, Kementerian Pertahanan, mahasiswa, Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Petaling Jaya, ahli lembaga pengarah, doktor-doktor dan pegawai-pegawai Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) Jalan Ipoh Kuala Lumpur, jurujual FAMA Negeri Sembilan, pengurus-pengurus Telekom Selangor, kakitangan Majlis Peperiksaan Malaysia, kakitangan Jabatan Pembangunan Koperasi, Negeri Sembilan dan semua pengurusan dan kakitangan Koperasi Belia Islam (M) Bhd

Pernah mengendalikan beberapa rancangan dan program motivasi di Radio Malaysia Negeri Sembilan (1992 hingga1998). Pernah menjadi jemputan rancangan TV3 dan TV1. (1998).

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024