Penulis

foto_dyayadi_sosialisasi

Jaffar Siddiq

Jaffar Siddiq adalah nama pena Drs. Dyayadi atau Muhammad Jaya. Beliau adalah penulis muda yang produktif. Beliau dilahirkan di Kota Tarakan, Indonesia pada tarikh 28 Julai 1966.

Beliau pernah menghadiri kuliah di Fakulti Ekonomi, University of Mulawarman selama satu semester. Beliau lulus dengan tahap Summa Cum Laude di Makassar pada tahun 1997 dan menyelesaikan Master di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia pada tahun 2000.

Jaffar Siddiq mempunyai hobi membaca dan menulis buku serta puisi. Salah satu kumpulan puisi yang dihasilkan beliau adalah Wasiat Terakhir (Belajar Agama Islam dengan Puisi). Beliau sudah berkahwin dengan Dra. Rusna Paputungan dan dikurniakan dua orang putera iaitu Muhammad Baitul Makmur berumur 13 tahun dan Rizky Ramadani Firdausi berumur 9 tahun.

Walaupun beliau tidak pernah menerima pendidikan agama Islam di pondok mahupun di sekolah menengah agama, beliau tetap mampu menulis banyak buku. Beliau belajar agama secara sendiri daripada buku-buku koleksi peribadi. Beliau juga mempunyai penerbitan sendiri berrnama Qiyas dan Jaya Media di Indonesia.

Buku-buku yang sudah diterbitkan lebih daripada 40 judul. Sebahagian besar buku-buku itu adalah buku-buku perihal agama Islam. Tajuk buku-buku beliau berani, kontroversi dan luarbiasa.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024