JariMarissa, bakat muda yang unik dan istimewa. Disleksia serta ADHD yang dihidapinya tidak menjadi penghalang bagi dirinya menyerlahkan bakat dalam seni lukisan. Walaupun masih di bangku sekolah, Marissa telah menerima pelbagai liputan media dan meraih banyak pencapaian, antaranya seperti menghasilkan potret Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri Selangor di bawah Yayasan Insan Istimewa Selangor. Di samping cemerlang dalam pelajaran, Marissa juga aktif menghasilkan kandungan, terutamanya melukis menggunakan jari di platform TikToknya, @jarimarissa.
12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
+603 6188 0316
+603 6189 1316
+603 6188 1317
+603 6189 0316
Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026