Penulis

Jay Conrad Levinson

Jay Conrad Levinson adalah pengarang siri pemasaran best seller dalam sejarah, “Guerilla Marketing” , dan 57 buku bisnes yang lain. Buku-buku beliau sudah terjual hampir 20 juta naskhah di seluruh dunia. Konsep-konsep gerila beliau mempunyai pengaruh yang begitu luassehingga buku-buku beliau muncul dalam 52 bahasa di samping menjadi bacaan wajib dalam program MBA di seluruh dunia. Jay mengajar pemasaran gerila di sebuah divisyen luaran Universiti California di Berkeley selama 10 tahun. Sebagai pengamal, dia menyandang jawatan VP Kanan di J Walter Thompson di Amerika Syarikat dan Pengarah Kreatif Leo Burnett Advertising di Eropah.

Pemenang hampir semua anugerah media, dia pernah menjadi ahli pasukan kreatif yang mempopularkan jenama-jenama terkenal dalam sejarah. Antaranya The Marlboro Man, The Pillsbury Doughboy, Charlie the Tuna, Morris the Cat, Allstate’s Good Hands, United’s Friendly Skies, dan Sears Diehard Battery. Jay juga Pengerusi Pemasaran Gerila Antarabangsa. Jenama Pemasaran Gerila beliau kini dijual dalam bentuk siri buku-buku, bengkel, CD, video, CD-ROM, rancangan radio, sebuah universiti, siri podcast, tanda tempat Internet, dan Persatuan Pemasar Gerila, iaitu sistem sokongan bagi perniagaan kecil.

Pemasaran gerila sudah merevolusikan pemasaran kerana ia memberi cara alternatif kepada pemilik bisnes bagi berjimat, lebih produktif, dan meningkatkan keuntungan. Tidak ada orang lain yang lebih layak PEMASARAN GERILA mengubah kamu menjadi seorang pemasar gerila selain Bapa Pemasaran Gerila, iaitu Jay Conrad Levinson.

Selain daripada seorang penulis dan penceramah, Jay juga konsultan pemasaran. Dia boleh dihubungi di:

E-mel: [email protected]

Laman web : gmarketing.com

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024