Penulis

Lina A.R

Lina A.RAtiviti terkini Lina A.R @ pinkyfrogshop.1. G+ hangout crochet class with Lina A.R @ pinkyfrogshop. Mulai bulan ini saya akan membuat kelas secara maya iaitu mengguna G+ hangout crochet class iaitu - kelas secara maya video-audio. Berita>> http://pinkyfrogshop.blogspot.com/2012/01/pinkyfrogshop-ed-hangout-class.html Memandangkan saya merupakan homemaker dan menjaga anak-anak saya, ini merupakan alternatif saya bagi menjalan kan kelas dari rumah. Di samping itu, saya boleh terus mengajar walaupun bukan secara berhadapan, insyaallah dapat berkomunikasi secara maya dengan pelajar yang berminat. 2. Kedai online menjual bahan jahitan crochet dan pelbagai kraf kreatif.Saya telah membuka laman web baru menjual barang-barang crochet dan jahitan. Online Shop http://pinkyfrogshop.com/ Pinkyfrogshop adalah sebuah kedai online yang didaftar & diuruskan oleh Solpro Servises (jm0611641-w). Kedai online saya ini menyediakan cara yang paling mudah untuk membeli aksesori Clover, cangkuk merenda, benang mengait, buku kraf / alatan kraf melalui pesanan dalam talian.Ini termasuk jarum kait Tulip, Takumi Buluh, Jarum Afghan, jenama jarum kait Clover Soft Touch, jarum Clover Double dan jarum Jumbo. Produk-produk ini terkenal dan dibuat dari bahan-bahan yang berkualiti.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024