Penulis

IMG_9743

Malik Faisal

Malik Faisal bin Abdul Wahab berasal dari Bintulu, Sarawak.

Mendapat pendidikan awal di SRB ST. Anthony, Bintulu pada tahun 1983-1988, kemudian di SMK Bintulu, Bintulu (1989-1993) seterusnya ke Madrasah Al-Quran Bintulu dan Pusat Latihan Dakwah Hikmah, Kuching, Sarawak (1998-2000).

Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Institut Agama Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia (2001-2004) dan selepas kembali ke Tanah Air beliau menyertai kursus Perguruan Lepasan Ijazah, Institut Perguruan Miri, Sarawak (2008).

Kini beliau bertugas sebagai guru kaunseling sepenuh masa di Sekolah Kebangsaan Jepak, Bintulu, Sarawak. Selain daripada itu, beliau juga salah seorang aktivis Kumpulan Ruqyah Syariyah Miri.

BukuJampiJelmaan Al-Quran & Hadis; Membongkar Rahsia Jin dan Sihiradalah buku sulung beliau bersama PTS.

Beliau boleh dihubungi di alamat [email protected]

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024