Penulis

Maszmira

Puaka Padang Sekolah

Tiada Cetakan Semula Untuk Edisi Ini

Maszmira atau nama asalnya Sharifah Maszmira Bt. Syed Amirruddin lahir pada Hari Guru, 16 Mei 1990 di Hospital Besar Ipoh. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik ini baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan bermula pada tahun 2019, biarpun minatnya sudah bercambah sejak berumur 12 tahun lagi. Maszmira aktif dalam penulisan puisi dan karya-karyanya pernah diterbitkan dalam akhbar dan majalah Tunas Cipta. Menjadikan dunia penulisan sebagai hobi yang lebih serius, Maszmira cuba menukilkan pengalaman-pengalaman lalu terutama bidang pembinaan, rawatan Islam dan kerja-kerja kemasyarakatan ke dalam bentuk penulisan untuk dijadikan teladan dan tatapan pembaca daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026