Penulis

Md. Yadi Said

Md.Yadi Said berasal dari Durian Tunggal, Melaka. Beliau dilahirkan pada 14 Julai 1970. Beliau adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Mushi Abdullah, Batu Berendam, Melaka dari tahun 1985 sehingga tahun 1989.

Selepas itu, pada tahun 1990 beliau melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Pembangunan Manusia dengan pengkhususan Pemakanan dan Kesihatan Masyarakat. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Pembangunan dengan pengkhususan Komunikasi Keorganisasian dan antara Perseorangan di universiti yang sama.

Semasa melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana, beliau mengambil peluang mendalami bidang penyelidikan dengan bekerja sebagai pembantu penyelidik sehingga beliau tamat pengajian pada tahun 1996. Antara bidang penyelidikan yang beliau jalankan adalah media massa dan politik, ICT dan masyarakat, penggunaan ICT dalam bidang pertanian dan juga pengurusan konflik. Penyelidikan-penyelidikan ini diterbitkan di dalam jurnal, buku, prosiding serta dibentangkan melalui seminar dalam negara dan luar negara. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Masih aktif memberi syarahan secara sambilan di beberapa buah institusi pengajian tinggi seperti di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Terbuka Malaysia. Kini, beliau adalah Pengarah Urusan di dalam Syarikat Ingenious Strategy Sdn. Bhd. Beliau kini sedang mengarang buku beliau yang seterusnya membincangkan pengurusan konflik dalam organisasi dan bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024