Penulis

Michael Larsen

Lahir dan menerima pendidikan di New York, Michael Larsen bekerja di bahagian promosi bagi tiga penerbit utama: William Morrow, Bantam, dan Pyramid (sekarang Jove). Beliau dan isteri yang bernama Elizabeth Pomada berpindah ke San Francisco pada tahun 1970.

Dalam tahun 1972, mereka berdua memulakan Michael Larsen/Elizabeth Pomada Literary Agents, agensi kesusasteraan California Utara yang tertua. Semenjak itu agensi mereka sudah menjual banyak buku, dan kebanyakannya oleh penulis baru. Mereka menjualnya kepada lebih 100 penerbit. Kedua-dua prinsipal adalah ahli Persatuan Wakil-Wakil Penulis.

Agensi ini mewakili buku fiksyen dan bukan fiksyen untuk orang dewasa. Michael mengendalikan bahagian bukan fiksyen sementara Elizabeth menjaga bahagian novelis dan bukan fiksyen untuk wanita. Mike adalah penulis buku How to Write a Book Proposal and Literary Agents: What They Do, How They Do It and How to Find and Work with the Right One for You, kedua-duanya menjadi pilihan Writer’s Digest dan Kelab Buku Quality Paperback. Dia juga menulis The Worry Bead Book: A Guide to the World’s Oldest and Simplest Way to Beat Stress dan How to Write with a Collaborator bersama penulis Hal Zina Bennett.

Dalam tahun 1972, Mike dan Elizabeth mewujudkan California Publicity Outlets, sekarang dipanggil Metro California Media. Mereka juga mengarang bersama enam buku dalam siri Painted Ladies, iaitu Painted Ladies: San Francisco’s Resplendent Victorians; Daughters of Painted Ladies: America’s Resplendent Victorians, yang dipilih Publishers Weekly sebagai salah satu buku terbaik tahun 1987; The Painted Ladies Guide to Victorian California; How to Create Your Own Painted Lady: A Comprehensive Guide to Beautifying Your Victorian Home; The Painted Ladies Revisited: San Francisco’s Resplendent Victorians Inside and Out; dan America’s Painted Ladies: The Ultimate Celebration of Our Victorians.

Mike pernah mengulas buku-buku bagi The San Francisco Chronicle, dan artikel beliau pernah disiarkan dalam The San Francisco Examiner, Writer’s Digest, Publishers Weekly, dan Writer’s Digest’s Guide to Literary Agents. Mike dan Elizabeth memberi ceramah tentang penulisan, kerjaya agen, menulis kertas cadangan, penerbitan dan pemasaran gerila untuk kumpulan-kumpulan penulis dan konferensi. Mereka juga memberi seminar tentang “How to Make Yourself Irresistible to Any Agent or Publisher” berdasarkan bahagian terakhir buku Mike mengenai agen-agen.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024