Penulis

Miftahul Asror Malik

MIFTAHUL ASROR MALIK, dilahirkan di Demak pada 11 Jumadilakhir 1404H. Putera kedua daripada pasangan K. Abdul Malik dan Nyai Musanah, Pengasas dan Ketua Lembaga Pendidikan Islam BUQ’ATUL MUBAROKAH DEMAK (Ponpes-Majlis Ta’lim-Madin-TPQ-PAUD). Beliau berkahwin dengan Dian Ningrum Asror dan dikurniakan seorang puteri, Zahrana Al-Maghvira Asror. Beliau belajar di MA Negeri Demak dan Fakultas Tarbiyah IAIN Walisongo Semarang. Beliau sempat menimba ilmu agama di Pesantren Al-Ishlah Sempal Wadak, Bintoro–Demak, dan Pesantren Darun Najah, Jrakah, Tugu, Semarang. Di samping menulis dan menterjemah, aktiviti lain beliau adalah mengajar. Selain daripada penulisan ini, karya yang sudah diterbitkan adalah Syurga Cinta Vanesa dan Reinkarnasi Cinta. Bersama-sama dengan kumpulan, beliau menterjemah beberapa kitab Arab ke dalam bahasa Indonesia, antaranya adalah Adabu Al-Shuhbah Wa Al-Mu’asyarah, Shiyathu Al-Qulub, I’jaaz Ilmi Fi Al-Qur’an li Al-Ashghar, Mujtama’u Al-Mutsul, Muhammad: Ka’annaka Tarahu, Kifayatu Al-Akhyar, Tarikh Tasyri’ Al-Islami dan Al-Qiyamah Al-Shughra.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024