Penulis

1236621_10151893247898606_2076966810_n

Mohamad Fauzan Noordin

Mohamad Fauzan Noordinmenerima Ph.D-nya daripada University of Wales, UK; MBA daripada Central Missouri State University, Amerika Syarikat dan B.Sc (Sains Komputer) daripada University of Missouri Kansas City, Amerika Syarikat. Dalam tempoh hanya lebih sedikit daripada sedekad, kerjaya beliau telah menjangkau bidang yang jauh dan luas. Pada masa ini, beliau adalah Felo Kanan IIIT(International Insitute of Islamic Thought), Ahli Pemikir Dasar Dakwah Negara(JAKIM) dan Timbalan Presiden MyAis (Malaysian Chapter Association of Information Systems). Beliau pernah dilantik sebagai Sarjana Pelawat ‘Visiting Scholar’ di University of Bahrain dan Jazan University, Saudi Arabia. Di samping itu, beliau telah dilantik dan serta menjadi ahli panel penyelidik untuk Geran Penyelidikan Aplikasi Pembangunan di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sejak tahun 2005. Satu lagi bukti keupayaan beliau ialah pelantikan sebagai DekanICTpertama di Al-Madinah International University di Shah Alam, Selangor, Malaysia (2007-2008). Pada masa ini, beliau juga merupakan Pengerusi Kumpulan Penyelidikan Teknologi Pengetahuan dan Islam . Sebelum ini, beliau memegang jawatan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat (2001-2004), Pengarah Pusat Kemajuan IT (2000), dan Pengarah C-ExCel (1999). Dekan Pejabat Perancangan Stratejik dan Jaminan Kualiti 2011-2012, Dekan Pusat Siswazah (2012-2013) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau mengkhusus dalam bidang Sistem Pengurusan Maklumat (MIS),ICTdan Islam, Teknologi Pengetahuan, Pengurusan Pengetahuan dan Data Raya. Pernah dijemput sebagai Pensyarah Jemputan di Persidangan Antarabangsa di Jerman, Canada, Jepun, Taiwan, Singapura, Indonesia dan Hong Kong. Penerbitan beliau dalam bentuk Buku, Bab-bab dalam Buku dan Jurnal Antarabangsa melebihi 80.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024