Penulis

Mohd. Fakhruradzi

Mohd. Fakhruradzi lebih dikenali sebagai Ozie, dilahirkan di Kabupaten Lebak, Banten, pada 28 September 1977. Masa kecilnya, beliau melalui kehidupan dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang daripada kedua orang tuanya. Mereka mengajarnya erti sebenar cinta dan kebahagiaan. Pendidikan cinta ini begitu berkesan di hati Ozie yang kini mengajar di Fakulti Dakwah IAIN Sunan Gunung Djati, Bandung, Indonesia.

Ozie menamatkan pengajian tahap Sarjana Muda pada tahun 2000 dalam Jurusan Mendalami Dakwah di Institusi di mana beliau mengajar sekarang. Ozie melanjutkan pengajian Program Sarjana di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) SGD Bandung dalam Pengajian Masyarakat Islam dan menamatkan pengajian pada awal tahun 2003.

Selain dari mengajar, dia juga aktif di beberapa Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) Sosial Keagamaan dan Kebudayaan. Beliau adalah salah seorang anggota dalam senarai surat-menyurat rangkaian Islam (Mailing list Islamic network) yang menfasilitasikan perbincangan melalui Internet di laman web yang beralamat www.isnet.org.

Ozie yang menggemari air kopi ini sering mengirimkan hasil tulisannya ke berbagai media, ada yang disiarkan dan banyak pula yang tidak disiarkan. Tetapi, perkara ini tidak melemahkan semangat dan niatnya untuk terus berkarya. Beberapa hasil tulisannya pernah disiarkan dalam Pikiran Rakyat, Galamedia, Media Pembinaan, Buletin TADBIR, majalah ilmiah ANNIDA, KOMPAK iaitu sebuah media yang membincangkan membudayakan masjid, dan beliau juga bertindak sebagai editor di media ini pada tahun 2002. Selain daripada itu, koleksi tulisannya juga disiarkan melalui Internet dalam bentuk e-text dan e-book.

Ozie menggemari Jean Baudrillard, seorang ahli falsafah, ahli sosiologi dan ahli kebudayaan yang berasal dari Perancis dan Murtadha Muthahari, seorang tokoh Islam Iran. Beliau berkahwin dengan Nunung Nur Hasanah yang banyak mengajarnya bagaimana men-cintai dan dicintai pada bulan Julai 2004. Dia kini lebih bahagia kerana cinta membuatnya menjadi seorang yang lebih berani dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025