Mohd. Ikram Mohd. Nor Wazir dilahirkan pada 18 Februari 1982 di Batu Gajah, Perak. Beliau adalah graduan jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau berpengalaman menjadi jurulatih, ketua jurulatih dan penceramah bagi ratusan siri latihan kepimpinan dan kecemerlangan di peringkat sekolah, kolej dan universiti. Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah kepimpinan di sekolah-sekolah sekitar lembah Klang. Beliau juga pernah memberikan ceramah keibubapaan di beberapa masjid dan surau.
Dalam bidang alam sekitar, beliau terlibat secara langsung dengan sebuah konsultan berdaftar sebagai jurulatih dan penceramah alam sekitar bagi pelajar sekolah, belia dan guru-guru.
12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
+603 6188 0316
+603 6189 0316
Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025