Mohd Rozani Pawan Chek

Mohd Rozani bin Pawan Chek adalah adalah pakar motivasi bagi syarikat-syarikat yang berteraskan jualan langsung atau jualan pelbagai peringkat (Multilevel Marketing). Beliau berpengalaman lebih 10 tahun dalam perniagaan MLM. Banyak pengalaman yang beliau perolehi sepanjang berkecimpung dalam kancah perniagaan MLM ini.

Seperti insan yang lain, beliau pada mulanya terlibat dengan beberapa syarikat seperti Amway, Revel, Smartlife, Zhulian, Profit Net serta lain-lain syarikat lagi. Walaupun orang lain sering berkata kalau gagal, usahlah terlibat dengan perniagaan MLM lagi, namun, beliau tidak patah semangat.

Beliau sentiasa belajar, belajar dan belajar. Beliau mendapat ilmu dan tunjuk ajar daripada beberapa jutawan MLM, seminar-seminar, kursus-kursus dan pengalaman sendiri. Beliau sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata bagi mendapatkan ilmu perniagaan yang unik ini.

Mohd Rozani juga pernah menjadi tenaga pengajar bagi melatih ahli-ahli baru yang berkecimpung dalam MLM. Kini, beliau memiliki perniagaan sendiri iaitu G-Kreatif Enterprise yang menjalankan perniagaan Mail Order yang berteraskan MLM.

Di samping meneruskan tugas sebagai guru di Sek. Keb. Nik Daud Jakar, Ayer Lanas, Tanah Merah Kelantan, beliau juga melatih para usahawan MLM dalam teknik penggunaan minda separa sedar. Ini bertujuan meningkatkan kualiti dan kehebatan diri dalam perniagaan MLM.

Mohd Rozani tidak pernah memandang rendah setiap syarikat MLM. Baginya, setiap syarikat ada kelebihan yang tersendiri. Beliau ingin menjadi seperti idolanya iaitu Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Tuan Anuar Nik Him dan jutawan Azman Chin.