Penulis

IMG_02181

NIK MUHAMMAD SYUKRI NIK WAN @ MASAKAREE ARDAE Ph.D

Dr.Masakaree Ardae atau Nik Muhammad Syukri Nik Wan merupakan Pensyarah Kanan dan Ketua Program Ijazah Sarjana Usuluddin di Jabatan Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Berkelulusan Thanawiah (4) di Ma‘had Al-Bu‘uth (Al-Azhar) dan Sarjana Muda bidang Akidah dan Falsafah di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Sarjana Pengajian Islam (Usuluddin) di Prince of Songkla University (PSU) dan Doktor Falsafah (Ph.D.) bidang Tamadun Islam di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau pernah berkhidmat sebagai Fellow Pasca Doktoral di Pusat Pengajian Sains Kamasyarakatan, USM, Ketua Jabatan Usuluddin di Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) dan Dekan Fakulti Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan
Shah (KUISAS) (KISDAR dan KUISAS kini USAS). Beliau juga turut menceburkan diri dalam bidang penulisan seperti kertas kerja, bab dalam buku, artikel jurnal dan media popular.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024