Nik Omar Nik Abdul Aziz

Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz merupakan anak bekas Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Ibu beliau dinamakan Datin Hajjah Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak. Berusia 54 tahun, beliau merupakan anak kedua dari 10 orang adik-beradik. Selain mempunyai seorang kakak, Nik Aini, beliau juga mempunyai adik bernama Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Adilah, Nik Mohamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma' Salsabila. Beliau mempunyai seorang adik lelaki, Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz yang merupakan seorang ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas