Nisa Othman mula menceburi bidang penulisan sejak 2010 melalui buku kanak-kanak seperti siri Kisah Si Puteri terbitan PTS One Sdn. Bhd. Beliau juga berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang penerbitan sebagai editor di syarikat PTS Media Gorup Sdn. Bhd. Diberi amanat menguruskan buku-buku bukan fiksyen seperti motivasi, agama, dan fiksyen seperti novel kanak-kanak dan remaja.
Kemudian beliau dipertanggungjawabkan sebagai pengurus di unit Production dan menguruskan buku-buku baru dan ulang cetak ke pencetak, membeli kertas dengan pembekal, serta menjaga kualiti (QC) setiap buku di syarikat yang sama.
Ibu kepada 3 orang anak ini sekarang bergiat aktif dalam mempromosikan buku di sekolah-sekolah serta mengendalikan bengkel penulisan dan berkongsi kerjaya dalam dunia penerbitan di sekolah.
12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
+603 6188 0316
+603 6189 0316
Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025